Maklumat Am

  • Inisiatif Program Selangor Advance ini adalah satu program pembiayaan rantaian bekalan patuh syariah yang bertujuan untuk membantu para usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dengan mempercepatkan kecairan aliran tunai serta modal pusingan seterusnya merancakkan kembali aktiviti ekonomi.
  • Inisiatif ini terbuka kepada pihak kontraktor dan pembekal kepada syarikat swasta dan Agensi Kerajaan Malaysia, termasuk Kementerian, Jabatan, Anak Syarikat Kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan atau ‘GLC’.
  • Fasiliti kewangan yang komprehensif ini ditawarkan untuk setiap fasa projek dan perniagaan PKS, seperti surat sokongan tender, bon prestasi, insurans kerja, pinjaman berjangka, surat akujanji, surat kredit, kredit pusingan, sewa beli perindustrian dan pemfaktoran.
  • Tidak, ianya adalah salah satu pilihan pembiayaan kewangan yang dapat membantu pembekal/penyedia perkhidmatan yang memerlukan.
  • Ya.
  • Konsep program ini adalah berlandaskan “Tawarruq” (Komoditi Murabahah) yang merupakan pembelian komoditi berdasarkan kepada pembayaran tertunda.

Proses Permohonan dan Kriteria Kelayakan

  • Tidak
  • Kemudahan ini terbuka untuk syarikat pembekal/penyedia perkhidmatan yang berurusan dengan pihak Kerajaan seluruh Malaysia tanpa mengira status Bumiputera
  • Permohonan anda akan dinilai secara menyeluruh
  • Keutamaan penyertaan akan diberikan kepada pembekal yang mempunyai rekod prestasi yang kukuh / prestasi kerja yang baik / menjalankan kerja / perkhidmatan dalam dalam tempoh jangka panjang dengan pihak Kerajaan seluruh Malaysia dan swasta yang terpilij
  • Nilai invois yang diterima buat masa ini adalah sekurang-kurangnya RM10,000 setiap invois untuk layak menggunakan kemudahan ini
  • Anda juga boleh menyemak status kelulusan permohonan pembayaran awal untuk nilai invois anda di portal Selangor Advance setelah anda diluluskan sebagai pembekal di bawah program ini.
  • Tiada kriteria yang dikenakan pada kekerapan invois buat masa ini
Fasa Permohonan Program

 

  • Salinan kad pengenalan ahli lembaga pengarah
  • 6 bulan penyata bank terkini
  • Lain-lain dokumen tambahan (sekiranya perlu) 

Dokumen ini akan diminta setelah melengkapkan borang permohonan yang terdapat di laman web www.selangoradvance.com.my

  • Anda perlu mengisi borang permohonan di laman web www.selangoradvance.com.my 
  • Anda akan dimaklumkan status kelayakan/kelulusan permohonan untuk mengambil bahagian dalam program ini dalam masa 3 hari setelah borang diisikan dengan lengkap.

Maklumat Teknikal dan Operasi

  • Kadar pembiayaan adalah serendah 1% nilai invois, bergantung kepada tempoh pembiayaan yang diperlukan – kadar pembiayaan akan meningkat mengikut tempoh pembayaran awal yang diperlukan
  • Kadar caj tersebut akan ditolak terlebih dahulu sebelum pembayaran pembiayaan dibuat kepada pihak pembekal.
  • Kadar caj yang ditolak akan dipaparkan pada masa pembayaran awal dipohon, pemohon boleh memilih sama ada untuk meneruskan dengan permintaan pembayaran awal berdasarkan kadar caj yang dikenakan. 
  • Kadar caj hanya dikenakan jika pembayaran awal dipohon dan diluluskan, tiada caj tersembunyi lain-lain seperti bayaran komitmen, yuran guaman atau bayaran setem sebelum pembayaran pembiayaan dibuat. 
  • Caj ini bertujuan untuk menampung kos operasi seperti penyimpanan awan (“cloud storage”), keselamatan data (“data security”), dan beberapa keperluan lain yang dilaksanakan bagi mengekalkan operasi platform berada ditahap yang optimum dan fungsinya dapat diperluaskan.
  • Cagaran tidak diperlukan
  • Pembekal/penyedia perkhidmatan yang telah diluluskan untuk mengambil bahagian dalam program ini boleh memohon untuk pembayaran awal atas nilai invois pada bila-bila masa sepertimana yang perlu.
  • Invois yang tidak memerlukan pembayaran awal juga akan dibayarkan melalui platfom ‘Selangor Advance’ kepada pembekal mengikut terma sedia ada.
  • Pemohon boleh meminta sehingga 70% nilai invois untuk pembayaran awal
  • Baki nilai invois akan dibayarkan oleh platform Selangor Advance seperti biasa berdasarkan terma pembayaran invois yang telah ditetapkan 
  • Pihak agensi dan/atau kumpulan GLC Selangor yang berurusan dengan anda akan dimaklumkan mengenai transaksi ini yang menyatakan bahawa pembekal/penyedia perkhidmatan mereka telah memilih pemfaktoran inbois menerusi ‘Selangor Advance’ dan semua penunaian invois pada masa hadapan akan dilakukan menerusi ‘Selangor Advance’.
  • Anda boleh menerima bayaran awal dalam tempoh 24 jam hingga 48 jam setelah dokumen sokongan yang dimuatnaik adalah lengkap.
  • Anda juga akan dimaklumkan status kelulusan permohonan pembayaran awal.

Lain-lain

  • Pihak pembekal yang terlibat akan menikmati kemudahan kewangan yang mudah dan cepat. Kelayakan pembekal untuk menyertai ‘Selangor Advance’ akan dibuat berdasarkan kepada kekuatan kerjasama pembekal dengan “paymaster” dan bukannya kedudukan kewangan pembekal.
  • Sebaik sahaja permohonan diluluskan, pembekal akan menerima bayaran tunai yang belum dilunaskan dengan lebih awal berbanding tempoh kebiasaan yang terkandung dalam terma syarat bayaran “paymaster”.
  • Para pembekal akan memperolehi lebih banyak tunai untuk keperluan pusingan modal bagi mengembangkan perniagaan sementara menyerahkan kutipan inbois kepada ‘Selangor Advance’.
  • Margin Pembiayaan: Sehingga 85% nilai invois
  • Tempoh Pembiayaan: Sehingga 180 hari
  • Had Pembiayaan: Min. RM10,000, Maksimum. Tiada had
  • Struktur Kadar Keuntungan: Kadar tetap pada 1% sebulan nilai inbois (ditolak dari nilai invois 15% yang dipegang sebagai rizab setelah GLC Paymaster membayar balik)