Ketahui Lebih Lanjut Tentang Selangor Advance. Kukuhkan Aliran Tunai Untuk Perniagaan anda.
Tahun 2020 merupakan permulaan dekad baru tetapi masih banyak yang tidak kita ketahui tentang pandemik yang menimpa seluruh dunia. Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama pada 18 Mac 2020, sebanyak 907,065 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia telah bergelut untuk melalui masa yang sukar akibat kekurangan aliran tunai dalam mempertahankan kelangsungan perniagaan mereka . Kebanyakan PKS mengalami masalah serupa iaitu tidak mempunyai akses yang mudah kepada pembiayaan untuk terus beroperasi.
Invois sedia ada melibatkan tempoh bayaran yang lama malah terdapat bayaran yang terpaksa ditangguhkan oleh pelanggan akibat COVID-19, ditambah pula dengan pengurangan jualan yang mendadak menjadikan kedudukan aliran tunai terkesan teruk bagi perniagaan. Walaubagaimanapun, jurang aliran tunai ini dapat dikurangkan dan kelangsungan perniagaan lebih terjamin sekiranya pembiayaan yang mudah diakses disediakan. Pada kebiasaannya, usahawan PKS lebih cenderung pergi ke bank untuk mendapatkan pembiayaan namun sektor perbankan juga menghadapi cabaran tersendiri untuk memberikan kemudahan pembiayaan pada masa-masa yang genting ini. Maka, Inisiatif Selangor Advance telah diperkenalkan secara berfasa untuk membantu meningkatkan aliran tunai perniagaan, terutamanya kepada golongan usahawan yang berurusan dengan pihak kerajaan negeri Selangor.
Memperkenalkan Inisiatif Selangor Advance – Rakan pembiayaan alternatif baru anda
Penyelesaian Pembiayaan Invois Selangor Advance adalah pendekatan optimum dan fleksibel yang membantu meningkatkan aliran tunai perniagaan anda. Dengan penyelesaian Pembiayaan Invois Selangor Advance, anda boleh mendapatkan pembayaran awal serta-merta berdasarkan jumlah invois anda. Anda tidak perlu risau lagi dengan tempoh bayaran yang lama dari pelanggan anda, malah mampu mengawal sepenuhnya jumlah bayaran daripada penghutang anda tanpa perlu risau!
Kriteria kelayakan untuk penyelesaian Pembiayaan Invois Selangor Advance
Mendapatkan pembiayaan tidaklah sukar. Untuk memudahkan permohonan pembiayaan, kami hanya memerlukan anda memenuhi beberapa kriteria mudah seperti berikut:
- Perniagaan anda menyediakan perkhidmatan atau membekalkan barang kepada kumpulan syarikat Kerajaan Negeri Selangor, agensi Kerajaan Negeri Selangor, dan/atau pihak berkuasa tempatan Negeri Selangor dengan syarat bayaran terma kredit (transaksi antara perniagaan)
- Perniagaan anda mempunyai rekod prestasi yang baik dengan pihak Kerajaan Negeri Selangor sepanjang tempoh berurusan
Hubungi kami supaya kami dapat menolong keperluan pembiayaan perniagaan anda.
Ketahui bagaimana Selangor Advance dapat mencipta aliran tunai untuk perniagaan anda.
1. Permohonan pembiayaan bermula daripada RM10,000
Permohonan untuk penyelesaian pembiayaan Selangor Advance bermula daripada RM 10,000 sahaja. Jadi, semakin besar nilai invois anda, semakin besar jumlah pembiayaan anda.
2. Manfaatkan invois daripada jualan anda untuk mendapatkan pembiayaan
Tahukah anda bahawa anda boleh memanfaatkan invois daripada jualan anda untuk mencipta lebih banyak aliran tunai? Betul! Penyelesaian Pembiayaan Invois Selangor Advance bukan sahaja membolehkan aliran tunai perniagaan anda diperbaiki tetapi juga boleh membantu mengelakkan terma bayaran yang kian ditangguhkan, sekaligus mengurangkan kemungkinan timbulnya hutang lapuk. Untuk mula memohon pembiayaan daripada kami, anda hanya perlu melengkapkan pesanan jualan anda, muatnaik invois anda pada platform Selangor Advance, dan kami akan menawarkan bayaran awal sehingga 70% daripada nilai invois anda serta-merta setelah dokumentasi disahkan lengkap.
3. Proses permohonan yang cekap
Selalunya, memohon pembiayaan merupakan tugas yang melecehkan kerana proses yang panjang dan rumit. Sebagai contoh, sebuah bank biasanya mengambil masa sekitar 1-3 bulan untuk memproses permohonan kemudahan pinjaman bergantung kepada kerumitan kes. Oleh itu, anda terpaksa menanggung masa yang lama sebelum mendapat kelulusan permohonan dan mendapatkan modal pusingan untuk perniagaan ada. Kami memahami perkara ini dan sebab itulah kami akan mengambil masa sehingga 3 hari bekerja saja untuk menguruskan permohonan anda; dengan syarat bahawa dokumen anda lengkap!
4. Terima wang pendahuluan dalam masa 48 jam setelah diluluskan
Setelah permohonan untuk bayaran awal anda diluluskan oleh platform Selangor Advance, kami akan menyalurkan jumlah yang dipohon untuk perniagaan anda secepat 48 jam selepas notifikasi kelulusan. Semudah itu!
5. Bayaran perkhidmatan terendah tanpa kos tersembunyi
Inisiatif Selangor Advance bertujuan untuk menyumbang kepada pengitaran ekonomi PKS dengan menyediakan penyelesaian pembiayaan serendah 1% atas nilai invois. Kami berharap untuk menyediakan pembiayaan yang boleh diakses oleh kalangan PKS dengan mudah.
6. Tiada cagaran diperlukan
Lazimnya, proses memohon kemudahan pinjaman daripada bank juga memerlukan cagaran tertentu. Tambahan pula, adalah agak sukar untuk mandapatkan kelulusan bagi pembiayaan terutamanya jika perniagaan anda baru mula beroperasi untuk beberapa tahun sahaja. Kami menyediakan pembiayaan berdasarkan reputasi syarikat anda dan kelayakan kredit pelanggan anda. Oleh itu, anda tidak perlu risau tentang cagaran apabila anda memohon kemudahan bayaran awal daripada kami.
7. Fleksibiliti pembiayaan
Selangor Advance memberi anda kawalan penuh untuk memutuskan sama ada anda mahu kami menawarkan bayaran awal untuk semua invois anda atau hanya beberapa yang terpilih. Kami tidak sama seperti institusi pemfaktoran yang lain di mana anda biasanya harus menggadaikan invois untuk jualan anda kepada institusi pemfaktoran tersebut bagi mendapatkan dana – kami faham bahawa ini mungkin mengganggu hubungan niaga dengan pelanggan anda.
Justeru, jika anda membekalkan barang/menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan besar secara kredit dengan jumlah invois yang besar, anda boleh memilih penyelesaian Pembiayaan Invois Selangor Advance untuk mendapatkan bayaran awal bagi invois berjumlah besar ini.
Selain itu, penyelesaian pembiayaan Invois Selangor Advance menawarkan fleksibiliti yang lebih tinggi bagi dalam penggunaan modal pusingan anda, malah lebih menjamin aliran wang tunai perusahaan anda supaya cukup untuk membayar perbelanjaan operasi perniagaan sambil memenuhi keperluan pelanggan anda yang lain.
8. Fleksibiliti permohonan dalam talian
Permohonan pembiayaan sepatutnya boleh dipercepatkan jika anda mempunyai pilihan untuk menghantar semua dokumen serta invois secara dalam talian berbanding menghantar dokumen secara fizikal dan perlunya melawat pihak pembiaya berkali-kali.
Melalui inisiatif ini, anda boleh memohon bayaran awal melalui saluran dalam talian dengan cepat. Anda mempunyai pilihan untuk memuatnaik invois dan juga menyemak status permohonan anda dengan hanya beberapa klik dari skrin komputer riba anda.
Kesimpulan
Cabaran yang dibawa oleh COVID-19 ini menggesa golongan PKS mencari kaedah baru dalam mengurus dan membiayai perniagaan anda. Gunakan peluang ini dengan bijak untuk menambahbaik situasi perniagaan anda dan mengekalkan aliran tunai yang sihat biarpun pada waktu yang mencabar ini. Hubungi kami hari ini dan ucapkan selamat tinggal kepada masalah pembiayaan anda.
