• Single Team
  • Page 404
  • Single
  • Single Type
  • Standard
  • Video
  • Layout 1
  • Layout 2
  • Single

Category: Rencana

Rencana

Mengapakah Perniagaan Anda Lebih Memerlukan Pembiayaan Invois Sekarang!

Sejak pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kebanyakan perniagaan telah mula beroperasi seperti normal namun ramai antara mereka yang sedang menghadapi cabaran menguruskan aliran tunai akibat pembayaran lambat dan peningkatan kos ketika ini. Dengan suntikan wang tunai daripada Penyelesaian Pembiayaan Selangor Advance, anda kini boleh mempercepatkan pemulihan perniagaan anda dan melindungi perniagaan daripada kemelesetan ekonomi.

 

 

 

Berhubung dengan kami sekarang

 

 

Inilah sebabnya mengapa perniagaan anda memerlukan Penyelesaian Pembiayaan Selangor Advance lebih-lebih lagi pada waktu ini:

 

 

1. Dapatkan pembiayaan tanpa dokumen kredit yang rumit

Tidak seperti jenis pembiayaan yang lain, penilaian kredit Selangor Advance untuk mendapatkan penyelesaian pembiayaan adalah berdasarkan kemampuan pembayaran pembeli anda dan bukan hanya mengikut kedudukan kredit anda. Ini membolehkan kami membiayai perniagaan anda walaupun status kredit anda mungkin tidak diterima oleh institusi perbankan atau kewangan lain. Kami hanya mengenakan syarat bahawa pembeli korporat anda mempunyai sejarah melunaskan bayaran yang baik dan mempunyai kemampuan untuk membayar sebelum akhirnya tempoh invois.

Penyelesaian Pembiayaan Selangor Advance membolehkan anda memanfaatkan kelayakan kredit pembeli korporat anda yang besar untuk mendapatkan pembiayaan.

 

 

2. Tidak memerlukan aliran tunai keluar daripada perniagaan anda

Berbeza dengan pinjaman yang biasa, anda tidak perlu mengeluarkan wang tunai setiap bulan untuk membayar caj pinjaman pada jumlah pokok dan faedah atau perlu menyediakan tunai untuk menangani kos tambahan seperti yuran perundangan yang mahal dan seumpamanya. Sebaliknya, bayaran Selangor Advance akan ditolak daripada dana yang dikeluarkan kepada anda sebagai bayaran awal dan pembayaran utama dilakukan oleh Pembeli secara langsung.

Dengan Penyelesaian Pembiayaan Selangor Advance, anda boleh mendapatkan aliran wang tunai dan tidak perlu risau mengenai pembayaran semula kerana mudah dan cekapnya program ini.

 

 

3. Pembiayaan yang cekap

Jika dibandingkan dengan pinjaman tanpa cagaran, Penyelesaian Pembiayaan Selangor Advance adalah kaedah yang berkesan untuk membiayai perniagaan anda kerana ia hanya memerlukan invois. Pertimbangkan senario berikut:

 

Senario A: Pinjaman Jangka Panjang Senario B: Penyelesaian Pembiayaan Selangor Advance
Syarikat A mengambil pinjaman bersih (tanpa cagaran) dengan kadar faedah 8% setahun atau 0.67% sebulan. Syarikat A perlu membayar faedah sebanyak 0.67% setiap bulan untuk sepanjang tahun walaupun mereka tidak menggunakan kemudahan tersebut selama beberapa bulan. Syarikat B mengambil Penyelesaian Pembiayaan Selangor Advance pada ~1% sebulan. Tetapi Syarikat B hanya perlu menggunakan Penyelesaian Pembiayaan Selangor Advance untuk 2 invois sahaja pada tahun itu, mereka hanya perlu membayar 1% untuk setiap bulan bergantung pada tempoh invois (misalnya, masing-masing 2 bulan iaitu faedah 2% ditolak daripada invois masing-masing). Syarikat B tidak akan diminta untuk membayar faedah selama 8 bulan ketika kemudahan itu tidak digunakan. Caj pembiayaan invois ini hanya dikenakan semasa ia digunakan dan pembiayaan ini patuh Syariah, mengikut sistem Tawarruq

 

 

4. Lebih murah daripada apa yang anda fikirkan

Jika dibandingkan dengan Overdraf Bank, Pembiayaan Invois sebenarnya lebih murah dan mudah digunakan. Pertimbangkan contoh berikut:

 

Senario A: Overdraf Bank Senario B: Penyelesaian Pembiayaan Selangor Advance
Untuk kemudahan Overdraf yang bernilai RM 1,000,000, pihak Bank akan meminta usahawan untuk memberikan jaminan seperti Deposit Tetap sebanyak RM 500,000. Ini bermaksud anda hanya akan meminjam RM 500,000 dan bukan menikut jumlah kemudahan yang asalnya. Walau bagaimanapun, caj pembayaran yang dikenakan adalah berdasarkan jumlah kemudahan yang berjumlah RM 1,000,000. Oleh itu, dalam contoh ini, anda membayar faedah dua kali ganda untuk meminjam RM 500,000. Dengan Penyelesaian Pembiayaan Selangor Advance, anda hanya dikenakan bayaran sebanyak RM 500,000 yang telah anda pinjam dan anda juga tidak perlu membayar caj tersembunyi! Caj pembiayaan invois ini hanya dikenakan mengikut penggunaan semasa anda.

 

 

5. Kembangkan perniagaan anda dengan lebih pantas

Dengan kemudahan akses kepada wang tunai, anda kini mampu membeli lebih banyak bahan mentah dan menerima lebih banyak pesanan daripada pelanggan anda. Lebih-lebih lagi, anda dapat menawarkan syarat pembayaran lebih lama kepada pelanggan besar korporat anda yang merupakan strategi jualan penting dalam masa sukar ini.

Kemudahan akses aliran tunai yang diberikan oleh Selangor Advance dapat mempercepatkan perkembangan perniagaan anda bagi fasa pemulihan ini.

 

 

6. Pembiayaan Lembaran Imbangan

Penyelesaian Pembiayaan Selangor Advance yang berkaitan dengan invois tidak ditafsirkan sebagai pinjaman dan ia tidak akan mempengaruhi nisbah hutang kepada ekuiti anda. Dengan Penyelesaian Pembiayaan Selangor Advance, anda boleh mempercepatkan pendapatan wang pendahuluan pada resit berjadual tanpa peminjaman dana. Oleh itu, ia tidak mempengaruhi jumlah angka hutang anda dan memastikan status kredit anda berada dalam keadaan baik – ini boleh bantu memudahkan permohonan kemudahan kredit daripada institusi bank pada masa akan datang.

 

 

Kriteria kelayakan untuk memohon Penyelesaian Pembiayaan Selangor Advance

 

  • Perniagaan anda menyediakan perkhidmatan atau membekalkan barang kepada kumpulan syarikat Kerajaan Negeri Selangor, agensi Kerajaan Negeri Selangor, dan/atau pihak berkuasa tempatan Negeri Selangor dengan syarat bayaran terma kredit (transaksi antara perniagaan)
  • Perniagaan anda mempunyai rekod prestasi yang baik dengan pihak Kerajaan Negeri Selangor sepanjang tempoh berurusan

 

 

Dapatkan Penyelesaian Pembiayaan Sekarang

 

 

Read More
juniv.loke Ogos 18, 2020 0 Comments
Rencana

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Selangor Advance. Kukuhkan Aliran Tunai Untuk Perniagaan anda.

Tahun 2020 merupakan permulaan dekad baru tetapi masih banyak yang tidak kita ketahui tentang pandemik yang menimpa seluruh dunia. Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama pada 18 Mac 2020, sebanyak 907,065 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia telah bergelut untuk melalui masa yang sukar akibat kekurangan aliran tunai dalam mempertahankan kelangsungan perniagaan mereka . Kebanyakan PKS mengalami masalah serupa iaitu tidak mempunyai akses yang mudah kepada pembiayaan untuk terus beroperasi.

 

 

Invois sedia ada melibatkan tempoh bayaran yang lama malah terdapat bayaran yang terpaksa ditangguhkan oleh pelanggan akibat COVID-19, ditambah pula dengan pengurangan jualan yang mendadak menjadikan kedudukan aliran tunai terkesan teruk bagi perniagaan. Walaubagaimanapun, jurang aliran tunai ini dapat dikurangkan dan kelangsungan perniagaan lebih terjamin sekiranya pembiayaan yang mudah diakses disediakan. Pada kebiasaannya, usahawan PKS lebih cenderung pergi ke bank untuk mendapatkan pembiayaan namun sektor perbankan juga menghadapi cabaran tersendiri untuk memberikan kemudahan pembiayaan pada masa-masa yang genting ini. Maka, Inisiatif Selangor Advance telah diperkenalkan secara berfasa untuk membantu meningkatkan aliran tunai perniagaan, terutamanya kepada golongan usahawan yang berurusan dengan pihak kerajaan negeri Selangor.

 

 

 

Memperkenalkan Inisiatif Selangor Advance – Rakan pembiayaan alternatif baru anda

 

 

Penyelesaian Pembiayaan Invois Selangor Advance adalah pendekatan optimum dan fleksibel yang membantu meningkatkan aliran tunai perniagaan anda. Dengan penyelesaian Pembiayaan Invois Selangor Advance, anda boleh mendapatkan pembayaran awal serta-merta berdasarkan jumlah invois anda. Anda tidak perlu risau lagi dengan tempoh bayaran yang lama dari pelanggan anda, malah mampu mengawal sepenuhnya jumlah bayaran daripada penghutang anda tanpa perlu risau!

 

 

Kriteria kelayakan untuk penyelesaian Pembiayaan Invois Selangor Advance

Mendapatkan pembiayaan tidaklah sukar. Untuk memudahkan permohonan pembiayaan, kami hanya memerlukan anda memenuhi beberapa kriteria mudah seperti berikut:

 

 

 

  • Perniagaan anda menyediakan perkhidmatan atau membekalkan barang kepada kumpulan syarikat Kerajaan Negeri Selangor, agensi Kerajaan Negeri Selangor, dan/atau pihak berkuasa tempatan Negeri Selangor dengan syarat bayaran terma kredit (transaksi antara perniagaan)
  • Perniagaan anda mempunyai rekod prestasi yang baik dengan pihak Kerajaan Negeri Selangor sepanjang tempoh berurusan

 

 

Hubungi kami supaya kami dapat menolong keperluan pembiayaan perniagaan anda.

 

 

 

Mohon Sekarang

 

 

Ketahui bagaimana Selangor Advance dapat mencipta aliran tunai untuk perniagaan anda.

 

1. Permohonan pembiayaan bermula daripada RM10,000 

Permohonan untuk penyelesaian pembiayaan Selangor Advance bermula daripada RM 10,000 sahaja. Jadi, semakin besar nilai invois anda, semakin besar jumlah pembiayaan anda.

 

2. Manfaatkan invois daripada jualan anda untuk mendapatkan pembiayaan

Tahukah anda bahawa anda boleh memanfaatkan invois daripada jualan anda untuk mencipta lebih banyak aliran tunai? Betul! Penyelesaian Pembiayaan Invois Selangor Advance bukan sahaja membolehkan aliran tunai perniagaan anda diperbaiki tetapi juga boleh membantu mengelakkan terma bayaran yang kian ditangguhkan, sekaligus mengurangkan kemungkinan timbulnya hutang lapuk. Untuk mula memohon pembiayaan daripada kami, anda hanya perlu melengkapkan pesanan jualan anda, muatnaik invois anda pada platform Selangor Advance, dan kami akan menawarkan bayaran awal sehingga 70% daripada nilai invois anda serta-merta setelah dokumentasi disahkan lengkap.

 

3. Proses permohonan yang cekap

Selalunya, memohon pembiayaan merupakan tugas yang melecehkan kerana proses yang panjang dan rumit. Sebagai contoh, sebuah bank biasanya mengambil masa sekitar 1-3 bulan untuk memproses permohonan kemudahan pinjaman bergantung kepada kerumitan kes. Oleh itu, anda terpaksa menanggung masa yang lama sebelum mendapat kelulusan permohonan dan mendapatkan modal pusingan untuk perniagaan ada. Kami memahami perkara ini dan sebab itulah kami akan mengambil masa sehingga 3 hari bekerja saja untuk menguruskan permohonan anda; dengan syarat bahawa dokumen anda lengkap!

 

4. Terima wang pendahuluan dalam masa 48 jam setelah diluluskan

Setelah permohonan untuk bayaran awal anda diluluskan oleh platform Selangor Advance, kami akan menyalurkan jumlah yang dipohon untuk perniagaan anda secepat 48 jam selepas notifikasi kelulusan. Semudah itu!

 

5. Bayaran perkhidmatan terendah tanpa kos tersembunyi

Inisiatif Selangor Advance bertujuan untuk menyumbang kepada pengitaran ekonomi PKS dengan menyediakan penyelesaian pembiayaan serendah 1% atas nilai invois. Kami berharap untuk menyediakan pembiayaan yang boleh diakses oleh kalangan PKS dengan mudah.

 

6. Tiada cagaran diperlukan

Lazimnya, proses memohon kemudahan pinjaman daripada bank juga memerlukan cagaran tertentu. Tambahan pula, adalah agak sukar untuk mandapatkan kelulusan  bagi pembiayaan terutamanya jika perniagaan anda baru mula beroperasi untuk beberapa tahun sahaja. Kami menyediakan pembiayaan berdasarkan reputasi syarikat anda dan kelayakan kredit pelanggan anda. Oleh itu, anda tidak perlu risau tentang cagaran apabila anda memohon kemudahan bayaran awal daripada kami.

 

7. Fleksibiliti pembiayaan

Selangor Advance memberi anda kawalan penuh untuk memutuskan sama ada anda mahu kami menawarkan bayaran awal untuk semua invois anda atau hanya beberapa yang terpilih. Kami tidak sama seperti institusi pemfaktoran yang lain di mana anda biasanya harus menggadaikan invois untuk jualan anda kepada institusi pemfaktoran tersebut bagi mendapatkan dana – kami faham bahawa ini mungkin mengganggu hubungan niaga dengan pelanggan anda.

Justeru, jika anda membekalkan barang/menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan besar secara kredit dengan jumlah invois yang besar, anda boleh memilih penyelesaian Pembiayaan Invois Selangor Advance untuk mendapatkan bayaran awal bagi invois berjumlah besar ini.

Selain itu, penyelesaian pembiayaan Invois Selangor Advance menawarkan fleksibiliti yang lebih tinggi bagi dalam penggunaan modal pusingan anda, malah lebih menjamin aliran wang tunai perusahaan anda supaya cukup untuk membayar perbelanjaan operasi perniagaan sambil memenuhi keperluan pelanggan anda yang lain.

 

8. Fleksibiliti permohonan dalam talian

Permohonan pembiayaan sepatutnya boleh dipercepatkan jika anda mempunyai pilihan untuk menghantar semua dokumen serta invois secara dalam talian berbanding menghantar dokumen secara fizikal dan perlunya melawat pihak pembiaya berkali-kali.

Melalui inisiatif ini, anda boleh memohon bayaran awal melalui saluran dalam talian dengan cepat. Anda mempunyai pilihan untuk memuatnaik invois dan juga menyemak status permohonan anda dengan hanya beberapa klik dari skrin komputer riba anda.

 

Kesimpulan

Cabaran yang dibawa oleh COVID-19 ini menggesa golongan PKS mencari kaedah baru dalam mengurus dan membiayai perniagaan anda. Gunakan peluang ini dengan bijak untuk menambahbaik situasi perniagaan anda dan mengekalkan aliran tunai yang sihat biarpun pada waktu yang mencabar ini. Hubungi kami hari ini dan ucapkan selamat tinggal kepada masalah pembiayaan anda.

 

Read More
juniv.loke Julai 16, 2020 0 Comments
Search
Recent Posts
  • Mengapakah Perniagaan Anda Lebih Memerlukan Pembiayaan Invois Sekarang!
  • Ketahui Lebih Lanjut Tentang Selangor Advance. Kukuhkan Aliran Tunai Untuk Perniagaan anda.
Recent Comments
    Archives
    • Ogos 2020
    • Julai 2020
    Categories
    • Rencana
    Meta
    • Log masuk
    • Suapan pemasukan
    • Suapan ulasan
    • WordPress.org
    Categories
    • Rencana 2
    Recent Posts
    No posts were found for display

    Kenali Kami

    Selangor Advance dirangka berdasarkan sistem pembiayaan patuh Shariah yang berkonsepkan Tawarruq bagi membantu syarikat PKS dalam isu aliran tunai. Inisiatif ini terbuka kepada pihak kontraktor dan pembekal kepada syarikat swasta bertauliah dan organisasi kerajaan, termasuk kementerian, jabatan, agensi dan syarikat berkaitan kerajaan atau ‘GLC’.

    Untuk mendapatkan penerangan lebih lanjut, sila hubungi kami di: +60 18-282-6061 / +60 18-282-8227

    [email protected] | [email protected]

    Inisiatif Oleh:

    Notis Privasi